WELCOME ! THIS BLOG IS THE STORY OF GS'S LIFE . EVERY STORY HAS AN END , BUT IN LIFE EVERY END IS JUST A NEW BEGINNING ◕‿◕

Dari UKM ke KLIA/KLIA2

Hai ~

Hari ni dah masuk hari ke3 GS kat rumah.
Menikmati hari2 cuti midsem selepas bersesak2 dengan assgment, kuiz, thesis dan exam.

So hari ni nak cerita sikit tentang perjalanan dari UKM ke KLIA/KLIA2.
Ada banyak pilihan sebenarnya untuk ke airport dengan public transport.
Dibawah ni GS senarai cara2 mudah yang para pembaca boleh follow okayy ~

1) KTM KL Sentral/ TBS - KLIA Transit
Ini merupakan cara yang paling cepat untuk sampai airport. Dari ukm boleh naik bas zon 6 yang UKM sediakan untuk para pelajar ke KTM stesen UKM. Di sini boleh pilih sama ada mahu turun di KL Sentral atau Bandar Tasik Selatan(TBS). Kalau niat mahu berjalan-jalan dahulu boleh la turun KL Sentral tapi kalau mahu cepat turun TBS. Dari TBS ikut signboard ke arah KLIA Transit. Then anda akan terus sampai dalam airport.

Pro
Cara paling cepat (+- 1 jam)
KLIA Transit 30 minit ke airport
KLIA Transit dapat diskaun pelajar
Selesa

Cons
Mahal (Less than RM30 with student card)



KLIA Transit dan KLIA Express berbeza ya. KLIA Express lagi cepat dari KLIA Transit. KLIA Transit ada diskaun pelajar tapi KLIA Express tiada diskaun pelajar.



2) KTM KL SENTRAL - BAS
Dari ukm boleh naik bas zon 6 yang UKM sediakan untuk para pelajar ke KTM stesen UKM. Turun stesen KL Sentral. Di KLSentral pergi ke stesen bas di bahagian bawah. Keluar dari pintu di sebelah escalator ke NU Sentral. dari situ ada akan nampak 1 lif dan escalator ke bawah. Turun dari escalator tu anda akan nampak banyak bas. Pergi ke kaunter dan beli tiket ke airport. Kaunter mana? Baca signboard.

Pro
Murah(Less than RM15)

Cons
Lama (+- 2 jam)
Bas 1 jam ke airport

Cara ni paling selalu GS guna since GS suka jalan-jalan. Biasanya GS akan gerak awal and cuci mata kat nu sentral dahulu kemudiaan baru gerak ke airport.



3) KTM NILAI - BAS
Cara ni agak leceh tapi paling murah. Dari ukm boleh naik bas zon 6 yang UKM sediakan untuk para pelajar ke KTM stesen UKM. Turun stesen Nilai. Dari stesen Nilai berjalan kehadapan dan amik kanan masa jumpa simpang. depan tuuuu nanti akan nampak stesen bas. Sebelum naik bas, tanya dahulu pemandu bas samaada bas tu ke airport atau tidak. Ini bas kat nilai ni agak mengelirukan. Bukan semua bas ke airport. In fact, ada yang ke KLIA sahaja bukan KLIA2. So make sure tanya dahulu. Bas airport nilai juga berhenti-henti. Selagi korang tak nampak bayang airport jangan memandai turun. Nanti ntah kemana-mana pula. Okay?

Pro
Paling murah(Less than RM10)

Cons
Lama(Lebih dari 2 jam)
Bas berhenti-henti
Stesen bas agak mengelirukan

Cara ni masa GS tahun 1 dan tahun 2 rajin la guna sebab murah. Masa tu total harga semua RM6.60 sahaja. Tak pasti sekarang berapa. Tapi sekarang malas dah sebab lama sangat masa perjalanan.

Okay tu antara 3 langkah untuk ke KLIA/KLIA2 dari UKM yang GS pernah cuba. Actually ada banyak lagi. Dari TBS then naik bas airport pun ada. Tapi GS tak pernah cuba so tak tahu nak review macam mana. hahahahahahha.

So guys, dah tahu macam mana cara ke airport? 
Rancang perjalanan anda sebaiknya k? 
Till next entry~



p/s: GS paling suka cara no 1. Cepat dan pantas! :D

Product Review: Vaseline Lotion

Hi everyone!

Today's topic is about lotion.

Losyen ni penting agar kulit sentiasa hydrate, lembap dan wangi.

Siapa yang patut pakai losyen?
I would say everyone terutamanya mereka yang duduk dalam kawasan yang ada aircond. Why? Sebab kulit yang sentiasa terdedah pada aircond akan menyebabkan kulit kering seterusnya menjadikan kulit nampak tua sebelum usia.

Dulu, GS intern di syarikat elektronik yang setiap masa duduk bawah aircond. Ada seorang akak ni kulit tangan dia berkedut macam makcik 40-an padahal umur tak sampai 30 lagi. I can tell akak tu tak pakai losyen.

Macam mana GS boleh terjebak dengan losyen?
Mak GS la yang suruh pakai . Semua sebab GS belajar dalam kawasan aircond. Tapi GS memang perasan tangan mak GS elok je macam anak dara. Takde wrinkles pun walaupun selalu buat kerja rumah. Mungkin losyen salah satu sebab kot?

Which lotion is recomended?

I loveeeeee this type of lotion. Dia tak melekit. Direct absorb to the skin. Melembutkan dan yang paling penting wangi.

Bila waktu untuk pakai losyen?
Yang ini bergantung keadaan. Kalau GS pakai selepas mandi dan sebelum tidur. Tapi kalau sejenis yang memang 24/7 bawah aircond tak salah siapkan losyen kat dalam handbagkan?


p/s: Keberkesanan produk review berlainan setiap orang.