WELCOME ! THIS BLOG IS THE STORY OF GS'S LIFE . EVERY STORY HAS AN END , BUT IN LIFE EVERY END IS JUST A NEW BEGINNING ◕‿◕

ISLAM ITU INDAH ~

7/5/14
8:36 PM



 ISLAM .
apa yang terlintas kat kepala korang bila baca perkataan islam ?
berapa ramai umat islam di dunia ini ?
ya . kalau tengok ic . banyak yang islam .
hmm . mungkin soalan itu patut diubah sedikit .
berapa ramai umat islam di dunia ini yang benar-benar islam ?
 yang cara hidupnya islam ?
Al-Quran dan Sunnah menjadi pegangan ?
sanggup mati demi islam ?
berapa ramai ?
berapa ramai sahabat ?
katakan . suarakan kata hatimu .
berapa ramai ?
tanya pada diri . 

islam kah aku ? atau hanya pada ic ?

aku dulu jahil . ya . aku mengaku . aku dulu jahil .
jahil macam mana ?
bertudung ? ya aku bertudung .
tapi aurat ku masih terdedah .
aku bertudung . tapi singkat .
aku bertudung tapi berjeans .
aku bertudung tapi baju ku ketat .

islam tak kata pun pasal bertudung . tapi islam kata apa ? ya . tutup aurat .
sahabat . dari mata kasar memang kita tutup semuanya . berbaju lengan panjang . bertudung .
tapi sedar kah kita bahawa islam meminta kita menutup aurat bukan membalut aurat !
apa bezanya ? 
kalau berbaju lengan panjang tapi ketat . itu membalut namanya .
kalau berseluar tapi berjeans . itu membalut namanya .
kenapa ? kerana bentuk badan kamu masih kelihatan .
 sekarang tanya pada diri .

islam kah aku ? atau hanya pada ic ?

aku dulu jahil . ya . aku mengaku . aku dulu jahil .
jahil macam mana ?
sembahyang . solat .
sejak kecil diri ini dididik cara solat .
memang . memang aku sembahyang  aku solat 5 waktu .
tapi solat ku dalam keadaan tergesa-gesa .
bacaan solat tidak difahami .
niat nak faham pun tiada .
ahh . jahilnya diri ini .

pernah dengar ? solat itu tiang agama .
rasanya semua orang pun pernah dengar . persoalannya . berapa ramai yang mengambil pengajaran dengan ayat itu ?
solat itu tanda kita bertuhan sahabat .
 agama lain juga sembahyang .
kita ?
solat la sahabat . tak susah pun . 5 kali sehari ja ALLAH nak jumpa kita .
5 kali sehari ja kita 'dating' dengan ALLAH .
itu pun masih keberatan ?
dating dengan pakwe boleh pula ?
dating dengan tv boleh pula ?
dating dengan hp boleh pula ?
tanya pada diri .

 islam kah aku ? atau hanya pada ic ?

terlalu banyak yang ALLAH bagi pada kita .
terlalu banyak .
tak terhitung dek jari yang ALLAH beri ini .
jangan biar diri kita leka dengan duniawi .
pasakkan dalam minda .
kejarlah akhirat yang kekal .
itu saja sahabat . 
moga diambil iktibar ya ?
sekian ~
wassalam ~


 yang ikhlas 
ZASYA



p/s : letakkan duniawi di tangan akhirat di hati .